kawan..dalam linangan air mata
aku sentiasa
teringatkan dirimu
dalam ketawa aku
ada seri wajahmu
kawan...
kita sentiasa bersama
hadapi suka duka
semua ranjau kita harungi bersama
kalah menang bukan
ukurannya
tapi semangat juang hadir bersama
setiap detik milik kita
kawan...
benarlah sahabat
kaulah rakan aku
kaulah teman aku
kaulah segalanya bila gembira dan duka
kita kongsikan bersama
Kawan...
andai tiba masanya
berikan aku doa
sedekahkan al-fatihah jua
hanya ini yang dapat dipinta
kerana segala detik kita kongsi
tidak dapat bersama selamanya
kawan...
jika aku pergi dulu
lambaikanlah dengan doa
dirimu tetap berusaha untuk
berjaya
tetaplah tersenyum ketawa
masih ramai lagi sahabat disana
kawan..
hanya aku sorang yang tiada
tidak bermakna kau hilang segalanya
aku tetap disisi
memberi kauperangsang lagi..maafkan aku andai aku pergi dulu
No comments:
Post a Comment